Pages

Monday, April 4, 2011

pemimpin-pemimpin PAS bersatu Membela Anwar Ibrahim dalam siri ceramah di Johor(kubu kuat UMNO)

Aktivis PAS Mat Sabu dan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam siri ceramah masing-masing di Ulu Pulai, Gelang Patah dan Kg. Melayu Raya di Pontian masing mengatakan Anwar Ibrahim difitnah oleh pihak tertentu yang ada kepentingan politik.

Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan bahawa dalan islam menuduh seseorang berzina memerlukan 4 orang saksi. Video dan juga DNA hanya sebagai bukti sokongan sahaja, kerana kedua-dua perkara tersebut boleh diubah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Tuan Ibrahim Tuan Man berucap di Kg. Melayu Raya, Pontian.

Mat Sabu mengatakan rakyat sudah muak dengan permainan politik kotor oleh pihak kerajaan yang hanya mahu mengekalkan kuasa sahaja. Jangan Hairan jika satu hari rakyat akan bangkit seperti di Mesir.

Mat Sabu ketika berucap di Ulu Pulai, Gelang Patah

No comments:

Post a Comment