Pages

Sunday, March 27, 2011

UMNO, dulu,kini, dan ???????


UMNO

11-15 (1995-1998)
Dulu UMNO menjadi parti pilihan aku, parti yang aku anggap ‘super hebat’  . Hanya parti inilah menurut aku yang membawa Malaysia kearah kejayaan yang gemilang. Ketika itu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, dan Anwar Ibrahim menjadi timbalan menteri. Bagi aku hanya mereka yang mampu memancu malaysia kearah kejayaan. Keadaan ekonomi Malaysia ketika itu semakin hebat hingga digelar ‘harimau ekonomi asia’. Mata wang Malaysia juga semakin mencapai tahap tertinggi pada ketika itu. Aku juga tidak faham mengapa wujudnya parti pembangkang di Malaysia. PAS, DAP dan ketika itu ada S46. Mereka adalah golongan pengacau atau penghalang bagi Dr. Mahatdir dan Anwar Ibrahim untuk mereka memajukan negara. Aku sangat pelik ketika itu, mengapa mereka menentang BN atau UMNO sedangkan UMNO yang memajukan negara, buat jalanraya, membina lebuhraya, menyediakan perkhidmatan bekalan air. Perkara yang aku anggap kejayaan terbesar kepimpinan Dr.Mahathir ialah dengan pembinaan KLCC, Menara Kuala Lumpur, dan sebagainya. Malah negara kita juga mendapat hak penganjuran Sukan Komanwel (SUKOM) pada tahun 1998.Perasaan rakyat mana yang tidak bangga lagi-lagi bagi aku yang baru meniti kehidupan melihat kejayaan negara dalam pelbagai aspek. Terdedik pada hati aku mengapa rakyat Kelantan menolak kemajuan dan terhindar dari arus perdana dengan Memilih APU (Angkatan Perpaduan Ummah) iaitu PAS dan S46..
Dr. Mahathdir
            Dr. Mahathir adalah idola aku ketika itu, dia merupaka seorang pemimpin yang berani, berkarisma, dan kelihatannya Malaysia akan mencapai status negara maju pada masa akan datang. Disamping Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan kelihatan tiada cacat celanya kepimpinan tetinggi negara kita ketika itu.Ditambah pula aku merupaka anak kelahiran Johor, dimana subuah negeri diangap ‘tiang seri UMNO” dan kesetiaan aku pada UMNO tidak berbelah-bagi . Pada angapan aku, setiap orang Melayu harus menjadi ahli UMNO. Itulah yang sepatutnya berlaku jika kita mahu Malaysia terus maju dan makmur dengan rakyat berbilang bangsa.
            Tahun 1997, negara kita mengalami kejutan, dimana menurut Dr. Mahathir, kita diserang penyagak mata wang antarabangsa iaitu George Soros berbangsa Yahudi. Ekonomi kita merudum, Pihak bank mengalami kerugian, Ramai juga rakyat kehilangan pekerjaan. Ketika itu, aku menyedari pihak pembankang mengambil kesempatan dan di kampung halaman aku tertubuhnya cawangan PAS. Aku angap perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersam-sama dengan pemimpin atasan umtuk mengatasi masalah ini. Biarlah kita berkorban demi negara asalkan negara tercinta maju dan dapat mengatasi masalah ekonomi yang aku angap hanya berlaku sementara.
Parti Melayu Semangat 46


15-21 (1998-2004)


Anwar Ibrahim

Tiba-tiba ada tragedi yang mengubah pendirian aku, mungkin ramai lagi yang berasa seperti aku. Ini digelar “Black September” . Buletin Utama di TV 3  membuat kejutan dengan berita pemecatan Timbalan Menteri juga merangkap Menteri Kewangan . Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dr Mahathir dan anwar merupakan regu yang cukup sempurna dan berkesan tetapi atas sebab yang aku langsung tidak ketahui Anwar dipecat. Bukankah Dr. Mahathir membayangkan Anwar Ibrahim akan jadi PM selepas beliau bersara. Malah Anwar juga pernah memangku jawatan tersebut ketika Dr Mahatdir bercuti. Pemecatan tersebut mengejutkan aku dan rakyat diseluruh negara. Masalah moral menjadi punca pemecatan tersebut. Pemimpin-pemimpin negara yang lain saling berganti menuduh Anwar mempunyai moral yang sangat  teruk. Buat pertama kali aku kurang percaya apa yang diperkatakan oleh mereka. Malah tidak mustahil mereka juga berperangai seperti Anwar Ibrahim. Namun aku masih setia dengan Dr Mahathir dan UMNO.
            Selang beberapa hari pemecatan tersebut aku dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perkahwinan sepupu aku. Suasana di Kuala Lumpur ketika itu bercampur-baur. Ini kerana pemecatan Anwar Ibrahim hampir serentak dengan penganjuran Sukan Komanwel (SUKOM).  Ayah aku menunjukkan simpati kepada Anwar Ibrahim, mungkin kerana ayah aku penyokong S64 dan Anwar Ibrahim adalah rakan sekolah beliau (MCKK). Ayah aku telah membeli kaset dan bapa saudara aku telah membeli tape video dipekarangan rumah Anwar Ibrahim di Damansara. (ketika itu cd & vcd belum popular lagi).
            Dirumah bapa saudara, aku telah menonton video ucapan Anwar Ibrahim, dimana beliau mempertahankan diri dan menyerang Dr. Mahatdir. Pada ketika itu, aku berasa sangat sedih. Kedua-dua pemimpin yang aku anggap gadingan mantap sedang bercakaran. Bagaimana masa depan negara kita, dan mana pula arah sokonga aku ketika ini. Setelah meneliti ucapan Anwar Ibrahim  dan ucapan-ucapan Dr Mahatdir di media-media, jelaslah pada diri aku memang ada sesuatu yang tidak kena pada hubungan mereka, dan aku memihak kepada Anwar Ibrahim. Bagi aku Dr. Mahathir tidak sepatutnya melakukan perkara sebegitu terhadap Anwar Ibrahim. Barulah aku memahami mengapa ada segelintir rakyat tidak menyukai kerajaan. Mengapa parti pembangkang wujud dinegara kita ini. Sebenarnya pemecatan Anwar Ibrahim seolah-olah membuka banyak keburukan kerajaan terhadap aku. Pemikiran aku juga semakin kritikal dan teliti sesuai dengan peningkatan usia aku. Aku bersimpati dengan Anwar Ibrahim. Aku juga mendapat berita-berita sahih dan benar di suratkhabar keluaran PAS iaitu Harakah, dimana media-media elektronik dan bercetak memberikan laporan berat sebelah. Aku kerap membaca Harakah sehingga aku mula terpaut dengan perjuangan PAS. Dulu aku mengangap PAS adalah halangan bagi Malaysia untuk mencapai kemajuan negara kita, tapi kini aku mengharapkan PAS untuk memperbetulkan pentadbiran kerajaan dan paling penting menyokong dan membebaskan Anwar Ibrahim, aku yang ketika dahulu setia pada UMNO kini mengangap UMNO merupakan parti yang tidak mampu membawa keadilan kepada negara kita.
Allahyarham Ishak Baharom
            Para pengikut Anwar Ibrahim dan isteri beliau telah menubuhkan parti baru yang diberi nama Parti Keadilan Nasional (PKN). Mungkin parti ini untuk pengikut-pengikut Anwar dan mereka yang kecewa dengan perjuangan UMNO (mungkin tidak dapat jawatan dan projek). Namun parti tersebut tidak menarik minat aku dan berangapan PAS lagi sesuai untuk menentang ketidakadilan UMNO dan sekutunya
            Seterusnya pada pilihanraya (PRU), pada tahun 1999, aku mengharapkan kejayaan besar parti-parti pembangkang iaitu PAS, DAP, & PKN yang digelar Barisan Alternatif (BA) tanpa aku melihat komposisi kaum dan juga gerak kerja UMNO yang hebat mengunakan jentera kerajaan (sepatutnya aku sedia maklum kerana aku dulu merupakan penyokong setia UMNO)

Allahyarhan Daeng Sanusi Mariok

            Keputusan PRU 1999 memihak kepada BN dan masih mampu mendapat 2/3 majoriti kerusi parlimen. PAS mengekalkan Kelantan dan merampas Terengganu serta mendapat 27 kerusi parlimen dan PKN hanya mendapat 5 kerusi dan DAP mengalami kemerosotan dengan hanya mendapat 10 kerusi sahaja, Dr Wan Azizah berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh milik suaminya sebelum itu. Aku sebenarnya tidak berpuas hati dengan kejayaan tersebut dimana tidak mampu untuk mengugat kerajaan BN. Ini kerana undi Orang Cina pada ketika itu pergi kearah BN, parti-parti pembangkang hanya mendapat undi Melayu di negeri-negeri utara dan pantai timur sahaja.
           
Ezam Noor
Namun dalam masa 2 tahun iaitu 1999-2000, aku dan keluarga aku kerap pergi ke ceramah-ceramah parti-parti pembangkang khasnya PAS di kampung halamanku. Ezam Noor, Sallehudin Ayub, Dr. Haron Din, Allahyarham Ishak Baharom, Allahyarham Dr. Fadzil Noor, Allahyarham Daeng Sanusi Mareok, merupakan tokoh-tokoh yang pernah aku ikuti. Suasana ketika itu sangat meriah ditambah dengan kesedaran orang ramai tentang kelemahan kerajaan semenjak pemecatan Anwar Ibrahim.
            Setelah beberapa tahun Dr. Mahathir telah meletak jawatan dan digantikan dengan Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi). Pak Lah seolah-olah membawa sinar baru pada UMNO, dan dengan imej bersih beliau UMNO mula mendapat sokongan terutamanya orang-orang Melayu. Namun hatiku sudah tidak lagi bersama UMNO.
            Ketika Pak Lah menjadi PM, aku sedang menyambung pelajaran di UKM. Ketika itu aku kurang mengambil tahu tentang keadaan politik dan isu-isu semasa dan pada PRU 2004 Pak Lah dengan magisnya, telah menghancurkan parti-parti pembangkang dengan kemenangan terbesar BN dalam sejarah. PAS kehilangan kerusi parlimen diseluruh negara, mujur rakyat Kelantan menyelamatkan PAS dengan memberikan 7 kerusi. PKN hanya menang 1 kerusi sahaja di permatang Pauh dan DAP memperbaiki prestasinya dengan penambahan kerusi parlimen. PAS hilang negeri Terengganu dan menang tipis di Kelantan. Aku berasa sangat sedih dengan kekalahan yang bagi aku sangat teruk, dan aku hilang minat dengan perkembangan politik negara. Ketika itu di kampus juga (UKM), pemilihan wakil pelajar (MPP) dimenangi oleh pihak kerajaan (Aspirasi) dan aku mengundi Aspirasi kerana mahu kekal di Kolej kediaman dan tidak menghiraukan idealisme dan ideologi kerana yang penting keadaan selesa dan selamat di UKM, tidak mahu susahkan diri semata-semata berjuang di Universiti yang tidak membawa apa-apa makna. Berubah dengan sekelip mata perlakuan aku sedangkan sebelum masuk UKM semangat aku berkobar-kobar, namun hatiku masih lagi membenci UMNO/BN.  (sambunga)...

21-25 (2004-2008)
Setelah kemenangan BN di bawah kepimpinan Pak Lah, pentadbiran negara berjalan dengan lancar sekali. Pembangkang seolah-oleh tiada isu yang boleh dimainkan untuk memerangkap kepimpinan Pak Lah. Semua PRK (Pilihanraya Kecil) yang berlangsung selepas PRU 2004, dimenangi selesa oleh BN. Termasuk Permatang Pasir di Kelantan, Ijok di Selangor dan Indera Kayang di Perlis. Pada masa ini aku tidak lagi meletakkan apa-apa harapan pada pembangkang untuk mengugat kerajaan yang ada sekarang ini. Pak Lah juga telah membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara, dan pemimpin yang telah menyebabkan pendirian aku berubah daripada menyokong UMNO kepada pembangkang telah bebas dari kekejaman. Gerak langkah pembangkang juga semakin sumbang dan tidak lagi bermaya. Aku juga berfikir adakah selama ini rakyat yang beralih arah kearah pembangkang hanya tidak menyukai Dr. Mahathir, kerana setelah beliau meletak jawatan sokongan terhadap BN kembali seperti biasa malah meningkat dengan mendadak.
            Keadaan aku di UKM semakin kritikal ketika ini, kerana ingin menyiapkan tesis yang tertanguh selama 2 sem. Tajuk aku ketika itu ialah “Sejarah Pentadbiran Kesihatan di Selangor”.  Namun akhirnya tesis aku berjaya disiapkan dengan jayanya dan aku beroleh Ijazah dalam bidang sejarah. Dimana sesiapa yang mendapat ijazah dalam bidang tersebut merupakan penganalisis politik yang berfakta dan sangat kritikal.  
            Setelah aku menamatkan pengajian aku di UKM, aku terus bekerja sebagai Management Trainee (M.T) di 7-Eleven . Pada ketika ini aku merasakan pentadbiran Pak Lah ada sesuatu yang tidak kena. Harga minyak semakin naik dengan mendadak, barang-barang keperluan juga meningkat harganya. Pak Lah juga menampakkan gerak langkah yang sumbang dalam pentadbiran negara yang menampakan banyak kelemahan. Pasukan Keselamatan negara iaitu PDRM semakin diragui kerana peningkatan kadar jenayah yang tinggi, dan ada khabar angin yang bertiup kencang bahawa Pak Lah ketika ini dikawal oleh anak menantunya iatu Khairy Jamaludin (KJ). Namun begitu tidak nampak rakyat akan beralih arah, kerana rakyat seolah-oleh tidak membantah kerana deretan kemenangan PRK berpihak kepada BN dengan majoriti yang besar.
            Tahun  2008 sudah membuka tirai, dan tahun ini juga ada kejutan berlaku kerana Pak Lah mengumumkan PRU lebih awal pada yang sepatutnya berlangsung 2009. Kononnya Pak Lah mahu mengelakan Penasihat umum PKR iaitu Anwar Ibrahim masuk bertanding. PKN telah berubah menjadi PKR kerana mereka telah bergabung dengan PRM (Parti Rakyat Malaysia) dengan di tambah dengan warna merah disisi bendera PKR. Namun pengabungan PRM dikatakan mendapat tentangan yang hebat dari kebanyakkan AJK tertinggi mereka dan PRM masih wujud dengan orang kampung halaman aku bernama Hassan Karim menjadi presiden.

            Ketka PRU semakin hampir aku telah membuat keputusan untuk terlibat secara aktif untuk membantu parti-parti politik pembangkang . Aku telah memilih PKR sebagai platform untuk aku bergerak. Semangat aku juga berkobar-kobar kerana ramai rakan sekampung aku terlibat sebagai jentera-jentera parti secara langsung terutamanya PAS. Kami bekerjasama dengan erat dengan satu matlamat untuk mengurangkan penguasaan BN khususnya di daerah kelahiran kami. Namun itu, masih tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan yang ketara, tetapi aku bekerja kuat atas dasar BN tidak lagi berpegang pada tradisi untuk membela rakyat. Aku dan rakan-rakan sekampung telah sama-sama menyebarkan risalah, vcd-vcd, tampal poster dan juga mengantung banting-banting. Kami juga tela sama-sama menyambut kehadiran pemimpin yang selama ini pencetus kesedaran kami iaitu Anwar Ibrahim ke kampung halaman kami.

            8 Mac, tarikh PRU yang ditunggu oleh kami. Satu kejutan terbesar sedang melanda dan menjelang malam satu per satu kerusi BN jatuh ketangan pembangkang, BN diberitakan kehilanga Pulau Pinang, Kedah, dan Selangor dan terus kempunan untuk mendapatkan Kelantan. Perak masih lagi samar-samar namun dikatakan Perak juga mungkin akan jatuh ketangan pembangkang. Namun daerah kelahiran aku masih lagi menyokong kuat BN cuma majoriti dapat dikurangkan.
            BN kehilangan 2/3 majoriti, sesuatu yang mengembirakan aku. Seolah-olah penah lelah, usaha, dan kecekalan kami terbalas dengan kemenangan tersebut. Namun semasa PRU tersebut banyak meningalkan kenangan yang indah kepada aku dan juga rakan-rakan sekampung aku kerana kami bekerjasama untuk matlamat yang jelas dan nyata iaitu menjatuhkan kerajaan yang hanya mengira keuntungan induvidu. Wasalam............Salam Perjuangan


           








No comments:

Post a Comment