Anwar Ibrahim menunjukan perutnya yang tidak buncit |
Penayangan video lucah dikalangan media di Carcosa Sri Negara yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim akan menjadi ledakan refomasi yang akan berlaku pada PRU ke 13 yang akan datang. UMNO membuat kesilapan yang paling besar dan sangat merugikan kerana melindungi Datuk “T” yang ada kaitan langsung dengan UMNO.
Bertaubatlah kamu, ini hanya dunia sahaja |
Demo membantah Video lucah |
Jelaslah disini penayangan video lucah oleh Datuk T telah menaikan semangat orang ramai. Inilah hikmah disebalik pendedahan video tersebut. Rakyat bukan mempercayai malah apa yang cuba didedahlan oleh si tolol tersebut, tetapi semakin menaikan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan BN.
Walaupun UMNO dan pemimpin negara tidak terlibat secara langsung, rakyat mengatakan pembikinan video berkenaan oleh pihak yang ada kaitan dengan kerajaan.
Anwar Ibrahim tenang ketika sidang media |
UMNO nampak gayanya perlu bersiap sedia menghadapi gelombang refomasi kedua yang dijangka lebih besar daripada 1998. Kalau pada Mac 2008, undi kaum Melayu agak tidak memberangsangkan, kali ini dijangka ulangan PRU 1999 akan berulang dimana kaum Melayu majoriti mengundi pihak pembangkang.
Penayangan video memaparkan kononya tubuh mirip Anwar Ibrahim itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan bercangah dengan amalan demokrasi negara berparlimen serta tidak wajar dipertotonkan pada khalayak. Sepatutnya pihak kerajaan menyiasat siapa jurukameranya, apa jenis kamera, filemnya, pelakonnya, penerbit dan pengedar. Orang ini yang perlui disiasat sekiranya kerajaan mempunyai tanggungjawab, kalau biar begitu sahaja menunjukkan bahawa kerajaan terlibat dengan kemungkaran dan rakyat sememangnya wajib mencegah kemungkaran ini.
Demo membantah politik kotor pihak BN |
No comments:
Post a Comment